TENTANG KAMI

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Mengenai Kami

FIRST ANGLE AUTO adalah bengkel kereta yang memberikan perkhidmatan servis kereta dan membaikpulih kereta. Namun, kami juga menjalankan kerja-kerja baik pulih kenderaan berat seperti lori dan bas.Pakar kami mempunyai pengalaman dalam bidang automotif ini lebih dari 15 tahun. Pengalaman dan kemahiran yang ada telah menyelesaikan banyak hal-hal kereta rosak. Pakar kami juga turut menyelesaikan pelbagai masalah kereta Model Chery.

Visi

Merealisasikan impian dan harapan pelanggan-pelanggan bagi mendapatkan prestasi kereta yang cemerlang.

Misi

Sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik dan bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja dalam industri automotif.

Nilai dan Keutamaan kami

Perkhidmatan rundingan dan nasihat

Kami memberikan perkhidmatan rundingan dan nasihat secara bersemuka mengenai hal kereta rosak dan rutin penjagaan kereta kepada pemilik kereta yang memerlukan perkhidmatan ini.

Masa dan Garis Panduan Kerja

Garis panduan bagi perlaksanaan kerja-kerja kami mengutamakan sifat displin, tidak membuang masa dan menerapkan kerja secara efisien.

Keselamatan dan Kebersihan

Rutin kerja harian kami sentiasa menjaga keselamatan kami dan juga pelanggan yang berada di bengkel begitu juga menjaga kebersihan bagi keselesaan semasa melakukan kerja.

Jaminan, Mutu Kerja dan Bekerjasama

Dalam menyelesaikan masalah hal kereta rosak, kami menitikberatkan mutu kerja berkualiti, saling tolong menolong dan bekerja secara berkumpulan bagi mendapatkan hasil kerja yang baik. Kami juga memberi jaminan kepada pelanggan kami bagi setiap hasil kerja kami jika terdapat isu yang berbangkit.

Hasil Menakjubkan dan Keputusan Berbaloi

Kami memastikan keputusan dan jalan penyelesaikan masalah hal-hal kereta rosak pelanggan kami mendapat hasil yang berbaloi dan menakjubkan!

First Angle Auto

Amazing Way